PERBINCANGAN BAGI PENGISIAN PROGRAM TRANSFORMASI DESA PAHANG (TERAS) 2023

Home >News & Updates >PERBINCANGAN BAGI PENGISIAN PROGRAM TRANSFORMASI DESA PAHANG (TERAS) 2023

GAMBANG, 5 September 2023- Perbincangan berkenaan jalinan kerjasama antara pihak UMP Advanced dan Pihak Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) adalah bagi pelaksanaan Program Transformasi DESA Pahang (TERAS) 2023 dibawah pelaksanaan Unit Kelestarian Korporat dan Pembangunan Insan ORACO.

Sesi ini bertujuan membincangkan pengisian awal modul-modul pembelajaran yang bersesuaian dengan cadangan program lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Orang Asli dalam kalangan tahun 5 dan 6 dari Penempatan Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Lipis ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

#umpadvanced #educationforall


About the author