MAJLIS APRESIASI MANTAN LEMBAGA PENGARAH DAN YANG MENJALANKAN FUNGSI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF UMP ADVANCED

Home >News & Updates >MAJLIS APRESIASI MANTAN LEMBAGA PENGARAH DAN YANG MENJALANKAN FUNGSI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF UMP ADVANCED

KUANTAN, 26 November 2023- Telah berlangsung Majlis Apresiasi Mantan Lembaga Pengarah dan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai UMP Advanced yang bertempat di Hotel Zenith, petang tadi.

Majlis apresiasi ini meraikan Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, YH. Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah, ahli Lembaga Pengarah, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed serta Mantan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad.

Turut hadir bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, YH. Dato’ Hamdan bin Hussin, ahli-ahli Lembaga Pengarah UMP Advanced, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA), YBhg. Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli dan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, YBrs. Dr. Ahmad Johari bin Mohamad.


About the author