MoU UMPSA DAN GRAB- UMPSA ADVANCED PELAKSANA LATIHAN BUAT PEKERJA GIG.

Home >News & Updates >MoU UMPSA DAN GRAB- UMPSA ADVANCED PELAKSANA LATIHAN BUAT PEKERJA GIG.

Pekan, 11 Januari 2024- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Grab Malaysia telah mengukuhkan jalinan kerjasama dengan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini untuk memberi akses kepada pendidikan dan latihan yang mampu meningkatkan kelayakan akademik serta kompetensi golongan pekerja gig.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Polisi Grab Malaysia, Encik Ebi Azly Abdullah.

Permeteraian MoU ini bertujuan untuk menyokong golongan yang memfokuskan dalam ekonomi gig melalui program latihan dan pembangunan yang disediakan oleh UMPSA melalui kerjasama UMPSA Advanced, iaitu merupakan sebuah anak syarikat UMPSA yang berpengalaman luas dalam program pengajian sepanjang hayat dan penyedia latihan yang telah berjaya melahirkan ribuan graduan dan pelatih.

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, UMPSA Advanced selaku pelaksana latihan dalam kerjasama MoU ini akan menyumbang kepakaran dalam usaha memperkasakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

“UMPSA Advanced selaku anak syarikat UMPSA akan berganding bahu untuk menawarkan kursus yang lebih fleksibel dan latihan berasaskan kompetensi kepada Grab Partners,” ujar beliau. Kerjasama yang dimeterai ini merupakan pendekatan yang proaktif UMPSA dalam menyokong dan meningkatkan keupayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat khususnya buat golongan pekerja gig di Malaysia.

Turut hadir bersama Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari bin Mohamad dan Pengarah Pusat Teknologi Industri Termaju, Ts. Dr. Nasrul Hadi Johari.


About the author