WARGA UMPSA MENYAKSIKAN PERUTUSAN AMANAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2024

Home >News & Updates >WARGA UMPSA MENYAKSIKAN PERUTUSAN AMANAT NAIB CANSELOR BAGI TAHUN 2024

GAMBANG, 16 Februari 2024- Majlis Amanat Naib Canselor 2024 telah disampaikan oleh YH Dato' Profesor Dato Ts Dr. Yuserrie Zainuddin yang bertempat di Dewan Astaka UMPSA menyaksikan sebanyak 6 iltizam amanat melalui perutusannya hari ini.

Melalui tema "Keperibadian Unggul & Kelestarian Hikmah", UMPSA memiliki kapasiti dari pelbagai sudut sumber, bakat dan kepakaran yang membolehkan visi dan misi UMPSA.

Antara iltizam yang diterapkan pada kali ini adalah keunggulan akademik & kemampanan pengurusan, keunggulan mahasiswa rentas, melestarikan program akademik, merekayasa TVET termaju, melestari citra ilmu dan melestari ekosistem pemboleh daya.

Tambah beliau juga, warga kerja UMPSA mestilah terus berusaha meningkatkan momentum prestasi berdasarkan bidang tugas dan tanggungjawab di jabatan masing-masing.

“Keupayaan untuk mencapai kegemilangan berasaskan prestasi konsisten dan nilai murni merupakan prasyarat penting untuk menjayakan UMPSA ke arah Universiti Teknologi Terunggul”, pesan beliau.

Turut hadir sama Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UMPSA, merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMPSA Advanced, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMPSA, YH. Dato' Zainudin Othman, Ketua Pegawai Kewangan UMPSA, YH. Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Marlina Mamat, Penasihat Undang- Undang UMPSA dan Dr. Ahmad Johari Mohamad, Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced.


About the author