UMP RAI 4,537 GRADUAN 2022 BERMULA HARI INI

Home >News & Updates >UMP RAI 4,537 GRADUAN 2022 BERMULA HARI INI

PAYA BESAR, 5 November 2022- Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan seramai 4,535 graduan pada Majlis Konvokesyen UMP kali ke-17 selama empat hari mulai hari ini sehingga 8 November 2022 di UMP Kampus Paya Besar.

Graduan terdiri daripada 66 graduan doktor falsafah dan 185 sarjana, 2,509 graduan sarjana muda dan 556 diploma serta 1,219 graduan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di UMP Advanced menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor telah menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan bersempena majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada sesi 1, pagi tadi.

Sementara itu, pada hari kedua (6 November 2022) seramai 883 graduan menerima ijazah pada sesi ketiga dan 846 pada sesi keempat menjadikan jumlah hari kedua (Ahad) seramai 1,729 graduan menerima daripada Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie juga akan menyampaikan ijazah pada hari ketiga, 8 November 2022 (Selasa) melibatkan seramai 1,775 graduan dan pada sesi kelima iaitu seramai 1,059 graduan dan sesi keenam melibatkan seramai 716 graduan UMP Advanced.

Menurut yang menjalankan fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Prof Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, UMP Advanced kali ini meraikan seramai 291 graduan Diploma Profesional, 425 Bacelor Eksekutif dan 503 Master Eksekutif.

“Pada sesi MKK-17 kali ini, UMP Advanced turut meraikan seramai 35 graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat berasaskan Kompentensi (CBTM) bagi kohot ketiga,” katanya.

Majlis Konvokesyen UMP kali ini merupakan kali ketiga dilaksanakan dalam tempoh setahun bagi meraikan graduan bagi tahun 2022.


About the author